PUDING ROTI DURIAN

Bahan-Bahan:
1 paket agar agar (20 gram)
5 mug air
5 keping roti
2 cawan gula (kurangkan, jika tak suka manis)
1 tin susu cair
2 - 3 ulas durian (diambil isinya)
3 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna ikut suka

KAEDAH PENYEDIAAN:-

1. Masak agar agar dgn air dan gula hingga hancur.

2. Sementara itu blend susu cair, telur, isi durian, roti, esen dan tepung kastard.

3. Tuang satu senduk agar agar ke dlm bekas leper dan campurkan satu warna, kacau. Tuang satu senduk lagi untuk warna kedua. Biarkan sejuk dan keras.

4. Bahan bahan yg di blend dimasukkan ke dalam lebihan agar agar yg di dalam periuk tadi, kacau rata. Padamkan api, masukkan adunan ke dalam acuan atau loyang yang dibasahkan.

5. Agar agar yg telah diwarnakan tadi kalau dah keras, dipotong potong kecil dan di masukkan ke dalam loyang yg berisi puding tadi. Kacau rata dan biarkan sejuk dan keras, sebelum dipotong.
Sedap dimakan semasa sejuk.

=====================================
Dikongsi Oleh:Azie Kitchen
Sumber: http://aziejaya.blogspot.com/
=====================================
SubhanAllah, Alhamdulillah, LailaHaillallah, Allahuakbar
Allahumma soli ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wasalam
=====================================

Comments

Popular Posts