PUDING ROTI KUAH KASTARD
Bahan-Bahan:
5 keping roti butterscotch 'gardenia'
2 camca besar coklat cip
1 cawan susu sejat (susu sejat IDEAL)*
1 biji telur gred A*
1 camca besar gula kastor*
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar mentega, dicairkan*
Sedikit mentega
Bahan-Bahan Sos Kastard:
1 cawan susu segar (atau 1/2 cawan susu sejat + 1/2 cawan air)
1 camca besar penuh gula kastor
1 camca besar penuh tepung kastard (bird's kastard)
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA
1. UNTUK PUDDING ROTI :- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega (atau guna bekas yang sesuai). Bancuh semua bahan bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapis dan ketepikan.
Roti dipotong 4 setiap
1. Susun 1/2 bahagian roti dalam bekas kaca tadi, taburkan dengan 1 camca besar coklat cip. Susun baki roti dan tuang bancuhan yang ditapis atasnya. Biar sekejap hingga semuanya terserap (tekan2 sedikit dengan belakang sudu). Tabur baki coklat cip, dan tompokkan mentega pada permukaannya. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
2. UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan untuk sos kastard kecuali esen vanilla. Kacau rata dan tapis ke dalam periuk. Masak dengan api kecil sambil dikacau hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Kacau sekejap dan matikan api. Biar hingga sos kastard hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.
3. CARA MENGHIDANGNYA :- Cedok secukupnya pudding roti ke dalam bekas sesuai (seelok2nya guna mangkuk kecil). Tuang sos kastard secukupnya dan hidangkan segera. Sedap dimakan sejuk...
Selamat mencuba!!..
=====================================
Dikongsi Oleh:Che Mat gebu
Sumber: http://www.tiffinbiru.com/
=====================================
SubhanAllah, Alhamdulillah, LailaHaillallah, Allahuakbar
Allahumma soli ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wasalam
=====================================
Comments
Post a Comment