PUDING PERMATA
** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar
# adunan ni Liza bahagi 2, dan 1 bhgn letak pewarna pink dan 1 bhgn lg letak serbuk koko..
** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Pewarna hijau - Liza tambah
Cara-cara
** Untuk agar-agar :
👉Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih.
👉Masukkan serbuk koko dan kacau rata. 👉Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
👉Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan.
👉Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel.
👉Ketepikan kejap.
** Untuk kastad :
👉Masak air, susu dan gula hingga mendidih. 👉Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati.
👉Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
👉Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi)
👉masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi.
👉Sejukkan hingga keras.
=====================================
Dikongsi Oleh Intai Dapur
Sumber: http://intaidapur blogspot com
=====================================
SubhanAllah, Alhamdulillah, LailaHaillallah, Allahuakbar
Allahumma soli ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wasalam
=====================================
Comments
Post a Comment