KUIH SAGU MERAH

Bahan-Bahan:
1) Sagu ( biji ) – di basuh dan toskan ( 1 cawan )
2 ) Air ( 2 3/4 cawan ) ( 2 cawan + 3/4 cawan lagi ) ( kalau nak keras sikit boleh letak 2 1/2 cawan je )
3) Gula ( ¾ cawan)
4 ) Pewarna merah ( bright red ) ( 1 sudu kecil )
5) Daun pandan di simpul ( 1 helai )
6 ) Kelapa parut putih – di gaul dengan sedikit garam ( 1 cawan ) ( anggaran )

Cara:
1) Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna merah
2) Apabila air mendidih masukkan sagu dan gula dan masak hingga sagu menjadi jernih dan pekat
3) Keluarkan daun pandan dan masukkan adunan ke dalam loyang ( size 7 ) yang telah di lapik dengan plastik @ acuan kecil yang di sukai
4) Kukus selama 20 minit.
5) Sejukkan kueh, barulah dipotong dan gaul dengan kelapa parut putih yang telah di gaul dengan sedikit garam.

=====================================
Sumber: www.facebook.com/dapurbaru.net
=====================================

Comments

Popular Posts