BONESTEAK Ummi Abdullah


2kg Tulang Kambing (mintak bonesteak)
bawang 4 biji -di blend
bawang putih 6 ulas- di blend
halia 5 inci - di blend
Air dlm 2 litre (bila merebus kalau jadi kurang boleh tambah)
Rempah bonesteak $2 (boleh beli di kedai achi rempah) kalau tak suka pedas boleh bilang achi kurang kan cili powder.
Tomato sauce Maggi 1/2 dari botol besar (please use maggi brand)
Kicap 6 sudu (Kicap Manis cap kipas udang)
Garam
Gula
kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sikit ..

Cara Menyediakanya
✔Rebus kan tulang bersama air dan bahan2 yg di blend
✔Bila sudah hampir empok atau dlm sejam, masuk kan bahan bahan lain dan mendidih kan lagi sehingga pekat dan empuk daging di tulang itu.
✔Bila nak masuk kan rempah mesti chk air, kalau air dlm rebusan daging bynk, boleh buang kan, kerana kalau tidak nanti kuah bonesteak cair. so agak agak... kita nak pekatkan.

Kedai mama, dia buat lain sikit, dia pakai, sambal mee goreng, kicap dan tomato sauce dan dia basah kan pakai soup kambing.
dia stir fry dalam kuali...
Ummi boleh tunjuk kan versi ini tapi kena pakai video, u need to see..

Anyway, cuba resepi di atas, practice make perfect, dulu Ummi buat pun tercair, tapi after a few time Ummi dah pandai... garam dan gula ikut citarasa

Selamat mencuba
Ihklas dari Ummi Abdullah.

Comments

Popular Posts