KUIH KERIA KENTANG

Bahan-Bahan:

300 g kentang - direbus hingga lembut
1 cawan tepong gandum
1 sudu besar planta/margerine
1 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder (Tak letak pun boleh)
sedikit pewarna kuning

Bahan Sira :-

3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Cara Membuat :-

1. Lenyek halus kentang semasa masih panas. Masukkan sekali margerine, gula dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.

2. Masukkan tepung dke dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan.

3. Jika masih lembik (ikut jenis kentang) tambah sikit lagi tepung.

3. Bentukkan adunan seperti donat. Goreng hingga garing keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.

Cara buat sira :-

1. Gula dan air dimasak hingga berbuih dan pekat.

2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering. Hidangkan.

Selamat Mencuba.

Comments

Popular Posts