GULAI AYAM KERUTUK


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong ikut suka)
1 biji kelapa parut (2 cwn santan pekat 2 cwn santan cair)
1 biji bawang besar *
4 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 cm halia *
1 cm lengkuas *
3 sdm ketumbar biji *
1 sdt jintan putih *
1 sdt jintan manis *
3 sdm rempah kerutup
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang)
1 keping asam keping

2 sdm kerisek
2 cm gula melaka
garam secukup rasa
minyak utk menumis
air secukupnya
2 biji kentang (belah 2)

Cara Memasak:
1.Blend bahan2 bertanda *
2.Pijarkan minyak.. masukkan rempah 4 sekawan n bahan blend.. tumis hingga kekuningan
3. Masukkan rempah kerutup + sedikit air n kacau hingga naik minyak..
4. Masukkan gula melaka n garam.. masukkan ayam n kentang.. kacau lagi.. tambah santan
cair.. renehkan atas api sederhana hingga ayam separuh empuk
5. Masukkan asam keping, santan pekat.. reneh atas api perlahan.. bila kuah hampir pekat tambahkan kerisik.. n seimbangkan rasa.. siapp
6.Kepekatan kuah ikut suka

Comments

Popular Posts