KEK SARANG SEMUT

Bahan-bahan

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

cara memasak

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan.Kemudian masukkan mentega. Sejukkan.

2. Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.

3. Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam.Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

Selamat mencuba

Comments

Popular Posts