TALAM UBI NYONYA
Bahan (Lapis Bawah)
700g Ubi Kayu – parut dan timbang
150ml santan
250ml air
150gm gula merah
150g gula caster
Nota : Boleh guna semua gula caster 250gm aje.
Cara
Satukan kesemua bahan dan buat masak sehingga hampir pekat. Tuang ke dalam Loyang 10 x 10 x 3 dan kukus selama 25 minit.
Bahan (Lapis Atas)
70g tepung beras
50g tepung ubi
1tbsp garam
350ml santan
650ml air
Cara
Satukan kesemua bahan, tapis dan kacau hingga naik wap. Tuang ke atas adunan ubi dan kukuslah selama 30 minit.
Comments
Post a Comment