AYAM TUMIS CILI PADI


=================

Sebaiknya guna cili padi kampung dalam masakan agar dapat menikmati rasa pedas yang asli..

BAHAN-BAHAN:

400gm ayam | dipotong
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
5 biji cili padi (hijau) | dikisar
1 biji lada merah | dikisar
1 inci kunyit hidup | dikisar
2 batang serai | dititik
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan serai sehingga naik bau.

2. Masukkan lada merah dan cili padi. Kacau seketika.

3. Kemudian masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam betul-betul empuk dan masak.

4. Akhir sekali masukkan garam.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Comments

Popular Posts